Tahun ni saya bakal menginjak 37 thn. Di kala ramai sahabat2 yg telah berkeluarga, beranak pinak malah ada yang dah nak ‘tutup kilang’ sebab dah cukup kuota anak, saya masih sendiri. Jujur adakala terusik di hati terutama apabila ada yang membanding beza. Tetapi bg tuan punya diri, saya masih tak anggap diri desperate nak kahwin walaupun tahap umur lewat 30an memang sepatutnya desperate yang amat. Pelik kan? Yes, sy enjoy hidup single, alhamdulillah. Saya sentiasa mencari kelebihan2 lain dlm hidup yg boleh sy syukuri selain punya suami & anak. Tetapi malangnya society yg saya huni tidak menyokong falsafah hidup sy ni. Selagi tak punya suami, maka selagi itu soalan bertalu, sindiran & pandangan berbeza diberi. Seolah mcm keji sgt kami yg dah 30an ni tp masih tak kahwin 😅. Mcm pathetic sgt hidup kami ni. (yes sy emotional bab ni lol). Menipu kalau saya kata tak kisah, hati sy masih berfungsi, adakala sy tersinggung. Ada waktu sy mengelak menghadiri majlis kerana tak mahu dibebani pandangan yg sama. Pandangan bagaimana? Yg dah lama single pasti boleh relate. Saya pernah kata pada diri, mungkin sy tak akan berkahwin, mungkin Allah dah tetapkan jln hidup sy begini. Saya tetap gembira, saya kira byk lagi nikmat hidup lain yg patut sy syukuri. Saya tak rasa menjadi andartu tu sesuatu yg memalukan. Tetapi pandangan2 yg sy dgr melalui beberapa ceramah baru2 ini kembali membuka hati sy semula. Cuma persoalannya, siapa dan bila?